Saturday 10 December 2011

Aneka Latihan Sains

Latihan Sains Tahun 2  boleh dibuat dalam pelbagai jenis untuk memperkukuhkan kemahiran dan pengetahuan Sains murid-murid.
Di bawah menunjukkan beberapa jenis latihan Sains Tahun 2 yang boleh dijadikan sebagai rujukan.

(i) Bulatkan jawapan yang betul
(ii) Isi tempat kosong


(iii) Kategorikan

(iv) Padankan

(v) Tandakan 'Betul' atau 'Salah'

(vi) Tuliskan jawapan
(vii) Lukiskan


(viii) Nomborkan


(ix) Aneka pilihan


Murid-murid tidak akan berasa bosan membuat latihan yang berlainan.

Tuesday 6 December 2011

Sains Tahun 2 - Unit 5 : Lesson 2

Tajuk unit ini ialah "Mengukur panjang dan tinggi sesuatu barang dengan menggunakan 'non-standard tools'." Selepas murid-murid mengetahui 'non-standard tools',  saya menyuruh murid-murid menggunakan pencungkil gigi, penghisap air, buku latihan untuk mengukur panjang buku teks Science, meja murid, pintu kelas dan kerusi murid. Kemudiaan rekodkan ukuran panjang dalam buku latihan Sains.


Latihan Soalan Aneka Pilihan

Latihan soalan aneka pilihan Sains dapat membolehkan murid-murid membiasakan diri seperti menjawab soalan kertas 1 Sains UPSR.
Dengan itu, guru harus sentiasa memberikan latihan soalan aneka pilihan kepada murid-murid sejak tahap 1 supaya mereka dapat menguasai kemahiran ini.
 
Contoh Latihan Unit 6 : Lesson 3         Contoh  Latihan Unit 7 : Lesson 1                    

Monday 5 December 2011

Science Year 2 Contents

二年级科学
SCIENCE YEAR TWO
课程纲要       CONTENTS
介绍        INTRODUCTION
主题 THEME 1 : 生物和非生物  LIVING THINGS AND NON-LVING THINGS
                          ( UNIT 1 – UNIT 4 )
        THEME 2 : 认识周围的世界 LEARNING ABOUT THE WORLD AROUND US
                           ( UNIT 5 – UNIT 8 )
单元  UNIT
  LESSON
1. 生物和非生物
1. LIVING THINGS AND NON-LIVING 
     THINGS
1. 生物和非生物
1. LIVING THINGS AND NON-LIVING
    THINGS
2.
2. OURSELVES
1. 我们的需要
    OUR NEEDS
2. 人需要各种食物
FOOD THAT WE EAT
3. 人的成长
    WE CHANGE AS WE GROW
3. 动物
3. ANIMALS
1. 动物的需要
1. NEEDS OF ANIMALS
2. 动物的食物
2. WHAT DO ANIMALS EAT
3. 动物的成长
3. ANIMALS GROW
4. 植物
4. PLANTS
1. 植物需要适量的水
1. HOW MUCH WATER DO PLANTS NEED?
2. 植物能以种子繁殖
2. FLOWERING PLANTS PRODUCE NEW
    PLANTS
5. 长度
5. LONG AND SHORT
1. 长度的比较
1. OBSERVE AND COMPARE THE LENGTHS
2. 如何测量长度
2. MEASURE THE LENGTH AND HEIGHT
    USING NON-STANDARD TOOLS
6. 神奇的电池
6. THE MAGIC OF BATTERIES
1. 用干电池操作的东西
1. THINGS THAT USE BATTERIES
2. 如何使用干电池
2. HOW TO USE BATTERIES
3. 怎样装置完整的干电池
3. HOW TO MAKE A COMPETE CIRCUIT?
7. 物质的混合
7. MIXING THINGS
1. 会溶解的物质
1. CAN ALL MATERIALS DISSOLVE IN WATER?

8. 推力和拉力
8. PUSH AND PULL
1. 力会改变物体的形状
1. PUSH, PULL AND THE SHAPE OF OBJECTS
2. 力会改变物体移动的速度和方向
2. PUSH, PULL AND THE MOVEMENT OF
OBJECTS
3. 预测与实验
3. PUSH, PULL AND THE SIZE OF OBJECTS


Sunday 4 December 2011

Kamus Bergambar Sains Tahun 2

Kamus Bergambar dapat membantu murid meningkatkan pemahaman tentang perbandaharaan kata Sains.
Di bawah merupakan koleksi kamus bergambar Sains Tahun 2.

Saturday 3 December 2011

Sains Tahun 2 - Unit 3 : Lesson 2

Jenis Makanan Haiwan
Latihan pemulihan Sains Tahun 2 :
Warnakan haiwan omnivor 'kuning'.
Warnakan haiwan karnivor 'merah'.
Warnakan haiwan herbivor 'hijau;.

Hasil kerja  murid.


Sains Tahun 2 - Unit 6 : Lesson 1

Aktiviti yang dicadangkan :
Matlamat : Senaraikan barang-barang yang menggunakan bateri
Langkah 1 : Bincangkan bersama rakan sedarjah barang-barang yang menggunakan bateri.
Langkah 2 : Senaraikan barang-barang yang menggunakan bateri di Sains Jurnal.
Langkah 3 : Tampil ke hadapan dan beritahu kepada semua rakan sedarjah nama barang-baarng yang kamu
                   senaraikan.


                   Salah satu hasil kerja daripada seorang murid lelaki.

Sains Tahun 2 - Unit 6 : Lesson 3

Bagi p&p topik " Bagaimana membuat satu litaran elektrik yang sempurna", biasanya saya akan menyediakan beberapa set barang seperti sebiji mentol,  beberapa urat wayar dan sebiji bateri untuk setiap kumpulan . Ahli kumpulan tidak melebihi tiga orang murid supaya semua murid berpeluang membuat eksperimen. Murid-murid dibawa ke makmal sains.
Pada mulanya, saya menyuruh setiap kumpulan cuba melukis beberapa litaran elektrik yang sempurna yang dianggap munasabah yang akan menjadikan mentol terang. Selepas itu, setiap kumpulan paparkan tugasan kepada cikgu. Cikgu akan memberikan mereka satu set barang. Mereka akan cuba menyambung ketiga-tiga barang mengikut lukisan tadi. Murid-murid memerhati keadaan mentol dan catat setiap percubaan di Sains Jurnal. Setiap wakil kumpulan akan tampil ke hadapan dan menerangkan kepada murid-murid lain. Cikgu juga akan membuat kesimpulan topik ini.
          Hasil lukisan murid tentang litaran elektrik yang mungkin akan menjadikan  mentol terang.

Friday 2 December 2011

Sains Tahun 2 - Unit 3 : Lesson 3

Murid-murid berasa seronok mengetahui seekor ulat akan tumbuh menjadi seekor rama-rama yang cantik.


Selepas itu, guru menyuruh murid-murid melukis " frog's life cycle' dan "butterfly's life cycle".
Di bawah merupakan salah satu hasil kerja murid.


Thursday 1 December 2011

Ramalan dan Percubaan Sebenar

Tajuk akhir Sains Tahun 2 ialah ' Membuat Ramalan dan Percubaan Sebenar'. Dalam proses p&p ini, saya mengagihkan kepada tiga bahagian percubaan sebenar.
Bahagian 1 : Saiz bola yang sama
  
Bahagia 2 :  Saiz bola yang berlaianan

Bahagian 3 :  Permukaan lantai yang berlainan

Refleksi p&p : Murid-murid berpeluang membuat percubaan sebenar dan berasa seronok.. Jika percubaan  sebenar ini dijalankan di luar bilik darjah adalah lebih baik.


Sunday 27 November 2011

Latih Tubi

Ia merupakan satu strategi yang memberikan ruang kepada anak murid saya untuk melakukan latihan yang banyak serta mendapatkan maklum balas terhadap ketepatan jawapan.
Melalui strategi ini saya mendapati bahawa anak murid memahirkan sesuatu topik dengan mudah. Mereka mendapat maklum balas segera dalam proses pembelajaran dan menjimatkan masa pembelajaran murid mahupun guru. Sehubungan itu, murid akan sentiasa bermotivasi menggunakan kaedah ini berbanding kaedah tradisi menggunakan pensel dan kertas.

Thursday 24 November 2011

Pengukuhan Melalui Latihan Komputer

Pengukuhan melalui latihan komputer merupakan salah satu aktiviti bagi sesi penutup pengajaran dan pembelajaran sains. Dari sini dapat menguji pemahaman murid terhadap sesuatu topik. Di samping itu, murid-murid juga berasa seronok dan minat terhadap mata pelajaran yang diajar.





Wednesday 23 November 2011

Penerangan Berpandukan Komputer


 
Kesukaran penerangan bahagian-bahagian yang sukar
Pendidikan masa sekarang kadangkala juga lebih bertumpukan kepada penggunaan teks sama ada dalam bentuk perkataan atau nombor. Walaupun secara dasarnya, kita telah biasa dan serasi menggunakan cara ini namum kadangkala timbulnya masalah apabila terdapat bahagian-bahagian yang sukar untuk diterangkan atau difahami apabila hanya teks sahaja yang digunakan. Ini semua mewujudkan sempadan dalam sistem komunikasi manusia.
Oleh itu, untuk bahagian-bahagian yang sukar, saya akan membuat penerangan berpandukan komputer. Murid-murid saya lebih memahami penerangan komputer daripada penerangan guru.

Tuesday 22 November 2011

Simulasi Fizikal

Sebelum membuat eksperimen, kadangkala saya akan memberi penerangan melalui simulasi fizikal mengikut topik yang sesuai. Simulasi Fizikal membolehkan murid memanipulasi sesuatu perkara atau proses yang dipersembahkan di atas skrin komputer. Misalnya melihat kesan campuran kimia, percubaan eksperimen dan sebagainya.
Kelebihan penggunaan perisian instruksional simulasi ialah menjimatkan masa serta melibatkan murid secara terus dan aktif.

Monday 21 November 2011

Berita Baik


Keratan surat khabar ini memaparkan beritan baik tentang pencapaian cemerlang sekolah kami di daerah Kuala Selangor di bidang akademik dan bidang sukan.


                                           BIDANG AKADEMIK
                                           BIDANG SUKAN

Sunday 20 November 2011

P&P Luar Kelas Pupuk Minat Pelajar

Pelajar akan cepat bosan apabila sentiasa berada dalam kelas dan ia adalah cabaran kepada guru dan sekolah
untuk mengekalkan minat pelajar supaya  setia berada dalam kelas hingga tamat sesi persekolahan setiap masa.
Pendidikan Luar Bilik Darjah Secara Bermodul adalah satu usaha p&p semua mata pelajaran menggunakan bahan sebenar atau alam sekitar. Program ini dilaksanakan melalui pendekaatn pengurusan alam sekitar yang akan diterapakn melalui kaedah pengurusan alam sekitar.
Program ini boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan dengan pelajar, guru dan warga sekolah boleh melakukan pelbagai aktiviti p&p menggunakan modul yang disediakan. Stesen di luar bilik  darjah alam sekitar  diwujudkan bagi mencapai beberapa objektif dan antaranya ialah kehilangan kebosanab pelajar sepanjang hari duduk di bilik darjah selain meninggikan keceriaan sekolah.

Saturday 19 November 2011

Hari Penyampaian Hadiah

SJKC Tanjong Karang mengadakan Hari Penyampaian Hadiah pada 18-11-2011 (Jumaat) di dewan besar sekolah.
PELAJAR-PELAJAR TADIKA SJKC TANJONG KARANG

PELAJAR-PELAJAR YANG CEMERLANG DALAM UPSR


Friday 18 November 2011

Hari Kantin

Pada hari Rabu yang lepas, sekolah kami telah mengadakan hari kantin. secara kecil-kecilan .Sebanyak 10 gerai telah dibuka oleh kelas 5A, 5B dan 5C.
Mereka jual nugget, kentang goreng, kek coklat, puding caramel, rutbir float , nasi lemak , buah-buahan ,air berkabonat dan lain-lain.
Jualan mereak mendapat sambutan dan sokongan daripada murid, guru dan ibu bapa. Mereka berasa seronok menjadi seorang penjaja.

Suasana di kantin menjadi riuh-rendah

Mari ! Mari ! sedap dan murah.

Thursday 17 November 2011

Kempen Kitar Semula

   Setelah ceramah kitar semula, sekolah saya mengadakan satu kempen kitar semula. Kempen ini dilangsungkan demi menyeru murid-murid mencintai alam sekitar. Satu jawatankuasa kempen kitar semula telah ditubuhkan dan diketuai oleh Pn Ng Siew Wan.

            Ahli jawatankuasa Kempen Kitar Semula sibuk mengasingkan kertas-kertas.



                      

Tuesday 15 November 2011

Penggabungjalinan Seni dan Sains

     Setelah menonton cerita tentang tenaga "tarikan" dan "tolakan" beberapa minggu yang lalu, hari ini saya bersempat membenarkan murid-murid membawa plastisin ke sekolah. Saya mengagihkan mereka kepada beberapa kumpulan dan membiarkan mereka membuat plastisin ini menjadikan sesuatu benda yang kreatif seperti robot, cendawan, binatang dan lain-lain.
     Daripada proses pembuatan benda yang kreatif,  murid-murid bekerjasama dan menggunakan tenaga "tarikan" , "tolakan' atau pun "tarikan dan tolakan" . Mereka memang seronok membuat benda yang kreatif.