Friday, 30 September 2011

Selamat Datang KFC

     KFC holding (Malaysia) memberi tawaran kepada sekolah-sekolah Daerah Kuala Selangor bagi mengadakan pertandingan mewarna dan mengarang dalam Bahasa Inggeris. Sekolah saya berasa bangga mendapat tawaran ini. Semua hadiah ditaja oleh KFC. Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kategori I (mewarna) untuk murid tahun 1 dan tahun 2; Kategori II (mengaarang) untuk murid tahun 3 dan tahun 4; dan Kategori III (mengarang) untuk murid tahun 5 dan tahun 6.
     Sekolah saya mengadakan pertandingan ini pada 15hb September 2011(Khamis). Guru yang mengajar Pendidikan Seni dan Bahasa Inggeris pula ditugaskan menjadi hakim untuk memilih karya murid yang baik. Kakitangan KFC dan maskot Chicky Club datang ke sekolah untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada 30hb September 2011 (Jumaat).
  MASA YANG TERTUNGGU-TUNGGU....PENGUMUMAN NAMA PARA PEMENANG !
                           SYABAS !! PARA PEMENANG BERGAMBAR BERSAMA.

     Selain itu, juga terdapat persembahan oleh maskot-maskot yang comel. Anak-anak murid sekolah saya memang terhibur dengan persembahan dan jenaka lucu maskot. Suasana di dewan sekolah saya menjadi begitu meriah.
                                         JUMPA LAGI !   KFC......

Thursday, 29 September 2011

Perpustakaan Pilihan Saya

Inilah hanya satu perpustakaan pilihan saya. Cawangan Perpustkaan Awam Negeri Selangor yang terletak dekat rumah saya. Berjalan kaki hanya 5 minit sahaja. Walaupun saiznya kecil tetapi terdapat juga buku-buku rujukan yang dapat membantu saya dalam tugasan semester 2 ini.
Jika nak pinjam buku, mesti cepat kerana bilangannya tak banyak. Bila terima tugasan mesti pergi pinjam dalam satu dua hari , jika tidak; habislah stoknya. Pepatah orang Cina : " Burung yang bangun pagi, baru dapat makan ulat."

Wednesday, 28 September 2011

Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina daerah Kuala Selangor

Pertandingan Deklamasi Sajak Bahasa Cina daerah Kuala Selangor 2011 diadakan di sekolah SJKC Tanjong Karang pada 20 haribulan April. Sebanyak tiga belas pasukan menyertai pertandingan ini. Objektif  pertandingan ini ialah memupuk minat belajar sajak Bahasa Cina , meningkatkan teknik  deklamasi sajak serta memelihara dan memperkembangkan kebudayaan Cina. Sekolah kami berasa bangga atas kejayaan pasukan sekolah kami mendapat johan dalam pertandingan ini. Guru bimbingan deklamasi sekolah kami ialah Puan Tee Pek Har dan Pn Lim Kia Hean. Pasukan deklamasi sekolah kami diwakili oleh Ng Pei Long, Tee Sin Yi, Thir Jia Yun dan Tan Zhi Wei.
                                                        


                           Segala usaha mendapat hasilSemoga berusaha lagi !

                                 Terima kasih guru besar. Terima kasih cikgu.


                                      Terima kasih galakkan dan sokongan ibu.

video
                             
                                            Rakaman deklamasi sajak






                                                             






Tuesday, 27 September 2011

Lawatan Sambil Belajar Kumpulan II

     Minggu ini merupakan minggu peperiksaan UPSR. Murid-murid Tahun 4 dan tahun 5 mengambil kesempatan ini  mengadakan satu rombongan ke Bukit Blogar, Semenyih. Seramai 72 orang murid tahun 4 dan tahun 5 menyertai rombongan ini. Turut diiringi oleh lapan orang guru dan diketuai oleh Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Pn Khoh Siew Ling.

                                        MARILAH KITA BERGAMBAR BERSAMA !
                           OOI ! DAH BERSEDIA DENGAN PENUH KEYAKINAN. SYABAS !
SERONOKNYA BERDAYUNG BERSAMA
          MEMANG MENCABAR MENDAKI  'GUNUNG'  SEPERTI INI.
                             ALAMAK ! TERSANGKUT ! TOLONG SAYA.........

Monday, 26 September 2011

1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia

       Pada 2 Julai 2011 hari  Sabtu, sekolah saya turut menjalankan satu larian bersempena pelancaran Dasar 1 Murid 1 Sukan. Larian akan bermula pada masa yang sama iaitu pada pukul 7:45 pagi.
      Murid-murid dan guru sekolah saya pagi-pagi telah bersedia menyertai larian ini. Larian sekolah saya dirasmikan oleh pengerusi PIBG, Encik Ler Cheng Chai dan naib pengerusi PIBG, Encik Pua Boon Sai, turut diiringi oleh guru besar sekolah saya.

       Kementerian Pelajaran (KPM) melaksanakan Dasar 1 Murid 1 Sukan agar setiap murid menikmati manfaat bersukan dengan harapan dapat membentuk generasi yang membudayakan sukan seiring dengan keperluan akademik.

                                           Tangkap gambar sebagai kenangan

                                               Sedia......... Lari...........

                                               Guru juga turut berlari. Syabas !
                                             

Sunday, 25 September 2011

pembangunan blog saya

kerana mu, ku jejak langit blog.

kerana mu, ku seorang pereka.

kerana mu, ku seorang pengarang.

kerana mu, ku aneka identiti.

kerana mu, ku bertambah pengetahuan.

kerana mu, hidupku penuh cabaran.





siapakah mu?

UPSI lah!

Tugasan TMK UPSI yang mempelbagaikan aneka identiti ku.

yeah! berjaya



Buah cempedak di luar pagar.

Ambil galah tolong jolokkan;

Saya budak baru belajar,

Kalau salah tolong tunjukkan.


Inilah pertama kali saya membuat blog dengan tunjuk ajar daripada kawan dan saudara.

Jika ada silap, ada komen,

Sila berikan.

terima kasih