Friday 30 September 2011

Selamat Datang KFC

     KFC holding (Malaysia) memberi tawaran kepada sekolah-sekolah Daerah Kuala Selangor bagi mengadakan pertandingan mewarna dan mengarang dalam Bahasa Inggeris. Sekolah saya berasa bangga mendapat tawaran ini. Semua hadiah ditaja oleh KFC. Pertandingan ini dibahagikan kepada tiga kategori, iaitu kategori I (mewarna) untuk murid tahun 1 dan tahun 2; Kategori II (mengaarang) untuk murid tahun 3 dan tahun 4; dan Kategori III (mengarang) untuk murid tahun 5 dan tahun 6.
     Sekolah saya mengadakan pertandingan ini pada 15hb September 2011(Khamis). Guru yang mengajar Pendidikan Seni dan Bahasa Inggeris pula ditugaskan menjadi hakim untuk memilih karya murid yang baik. Kakitangan KFC dan maskot Chicky Club datang ke sekolah untuk menyampaikan hadiah kepada para pemenang pada 30hb September 2011 (Jumaat).
  MASA YANG TERTUNGGU-TUNGGU....PENGUMUMAN NAMA PARA PEMENANG !
                           SYABAS !! PARA PEMENANG BERGAMBAR BERSAMA.

     Selain itu, juga terdapat persembahan oleh maskot-maskot yang comel. Anak-anak murid sekolah saya memang terhibur dengan persembahan dan jenaka lucu maskot. Suasana di dewan sekolah saya menjadi begitu meriah.
                                         JUMPA LAGI !   KFC......

0 comments:

Post a Comment