Friday 28 October 2011

Sambutan Hari Kanak-kanak

Sekolah SJKC Tanjong Kaarng  menyambut Hari Kanak-Kanak pada bulan Oktober yang sudah menjadi tradisi sejak dulu. Setiap tahun pada Jumaat minggu satu, murid-murid akan diraikan sempena Hari Kanak-Kanak. Negara kita menyambut Hari Kanak-Kanak pada bulan Oktober.
Secara tradisinya pada hari tersebut murid-murid akan berkumpul di dewan untuk meraikan Hari Kanak-kanak.
Setiap murid   mendapat 2 ketul ayam KFC , air soya , satu set alat tulis dan sebuah beg kitar semula. Selain itu, juga terdapat persembahan tarian kanak-kanak, cabutan hadiah bertuah dan pertandingan nyanyian peringkat akhir.


Thursday 27 October 2011

Pertandingan Nyanyian

Sekolah SJKC Tanjong Karang mengadakan satu pertandingan nyanyian pada 27 haribulan Oktober 2011 di dewan besar sekolah. 
Pertandingan nyanyian dipertandingan mengikut darjah. Peserta-peserta dari setiap kelas mengambil kesempatan ini mempersembahkan nyanyian mereka.
Pertandingan nyanyian dilaksanakan dalam dua peringkat. Peringkat saringan diadakan pada hari Isnin dan hari Khamis, manakala peringkat 
akhir akan diadakan pada hari Kanak-kanak iaitu pada hari Jumaat, 28 haribulan Oktober 2011.
Murid-murid yang masuk ke peringkat akhir mendapat hadiah dan pingat.





Monday 24 October 2011

Projek Sains Tahun 2

 

                                SENOROKNYA BERSAMA-SAMA MEMBUAT PROJEK !

Selepas peperiksaan akhir tahun, saya pun habis mengajar buku teks Sains Tahun 2. Jadi apa nak buat dalam kelas selama tiga minggu ini ? Oh, teringatlah bahawa buku-buku SPBT tahun 2 akan dilupuskan kerana tahun depan akan tukar sukatan pelajaran. Oleh itu, saya mengagihkan  murid-murid Tahun 2B kepada 8 kumpulan yang setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang ahli. Setiap kumpulan mendapat sekeping manila kad. Ahli-ahli kumpulan akan bekerjasama mencari gambar aktiviti yang terlibat 'tolakan', 'tarikan' dan 'tolakan dan tarikan'dari buku lama atau yang tidak dipakai lagi. Mereka gunting dan tampal pada manila kad.Kumpulan yang mendapat gambar yang banyak dan  mengategorikan dengan betul  adalah kumpulan yang menang, Hasilan dari setiap kumpulan akan dipaparkan di papan kenyataan bilik darjah.

Thursday 20 October 2011

Animasi Bantu Cerapan Ingat Belajar

   Sejak beberapa dekad lalu, perkembangan pesat teknologi dan kominikasi (ICT) mengubah kehidupan manusia. Aspek pendidikan turut merasa tempias perkemabngan ICT dan ini termasuk teknologi animasi. Kehebatan teknologi animasi membolehkan proses interaksi dalam bilik darjah dilakukan dalam bentuk yang efisen, efektif dan interaktif. 
   Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan gambar, rajah dan imej yang tepat adalah sangat penting. Hal ini bagi memastikan pelajar benar-benar dapat ' melihat ' satu-satu teori. Pengggunaan animasi dalam menyampaikan maklumat menepati pendekatan grafik dan teks yang mampu mengukuhkan ingatan pelajar.
   Proses memahami sesuatu konsep sukar akan dapat dimudahkan dengan bantuan animasi. Ia bertindak sebagai peranti ingatan untuk membantu proses mengingat sesuatu prinsip, sistem dan teori. Dengan mengaplikasikan animasi dalam pembelajaran, pelajar dihidangkan senario pembelajaran yang lebih menarik dan memberangsangkan.
   Dalam bidang berkaitan teknologi pengajaran dan pedagogi, animasi turus digunakan untuk menghasilkan ilustrasi bagi topik tertentu. Ia berperanan memperkukuhkan proses pengajaran di mana pensel dan kertas tidak mampu memberikan kesan yang sama. Dalam kes ini, animasi boleh digunakan untuk menghasilkan visual tertentu terutama dalam memeprkenalkan konsep baru.

Monday 17 October 2011

Peperiksaan Akhir Sekolah

     Minggu ini merupakan peperiksaan akhir sekolah. Pada minggu ini, segala aktiviti ko-kurikulum dan kelas tambahan pada waktu petang diberhentikan. Dalam minggu ini, saya selalu membuat ulangkaji atau memberikan latihan peneguhan untuk anak murid saya. Semoga mereka berjaya dalam peperiksaan akhir ini.

Saturday 15 October 2011

Ceramah Alam Akil Baligh dan Proses Tumbesaran

Sasaran : Murid-murid perempuan tahap dua
Penceramah : Helen Teow
Tarikh : 6.10.2011 (Khamis)
Masa  : 10.30am-12.00pm
Tempat : Dewan sekolah
Unit : Bimbingan dan Kaunseling
Objektif  :
- meningkatkan kefahaman murid-murid perempuen tentang perubahan fizikal dan emosi pada tempoh masa tersebut.
- mendidik murid-murid cara menguruskan kebersihan diri dan bagaimana membentuk cara hidup yang sesuai pada tempoh masa tersebut.
- meningkatkan kesedaran diri tentang keselamatan diri dan berani bercakap 'Tidak'.
Program ini dijalankan dengan lancar dan berjaya. Murid-murid telah mendapat suatu gambaran yang jelas tentang alam akil baligh dan perubahan yang dijangka semasa menstruasi. Selain itu, murid-murid berasa seronok dan dapat menjawab kuiz yang dikemukakan.


Thursday 13 October 2011

Eksperimen Bahan Larut Dan Bahan Tidak Larut

    Hari ini saya memberikan peluang untuk murid-murid tahun 2 A membuat ekperimen tentang bahan larut dan bahan tidak larut. Saya menerangkan langkah membuat ekperimen dan langkah keselamatan semasa membuat eksperimen. Selepas itu, saya membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mendapat satu set alat eksperimen. Mereka mencuba bahan-bahan seperti gula, garam, pasir, tanah. dan lain-lain yang dibawa oleh mereka. Kemudian mereka mencatat hasil eksperimen ini. Daripada eksperimen ini, mereka  dapat menganalpasti bahan yang larut dalam air dan bahan yang tidak larut dalam air.


Wednesday 12 October 2011

Sains Tahun 2 - Unit 4 : Lesson 2

Murud-murid saya menyatakan bahawa begitu senangnya cara menanam pokok bunga. Mereka akan bermula menanam pokok bunga di persekitaran rumah demi mencantikkan kawasan rumah mereka.Tambahan pula ini dapat menghijaukan bumi kita.

Tuesday 11 October 2011

Sains Tahun 2 - Unit 4 : Lesson 1

Murid-murid dapat memerhatikan proses percambahan biji benih menjadi sepohon pokok kecil.

Monday 10 October 2011

Marilah kita menonton cerita tentang 'tolakan' dan 'tarikan'

Tujuan utama kemahiran memulakan pengajaran (set induksi ) adalah untuk membina alira fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka akan menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan. Sehubungan itu, saya memulakan pengajaran Sains topik 'tolakan' dan 'tarikan dengan berpandukan komputer. Tayangan cerita Sains ini memang dapat memupuk minat dan menarik perhatian murid-murid terhadap pelajaran. Di samping itu juga dapat mencungkil idea mereka. 

Pendidikan Sains menerusi perisian instruksional akan menggerakkan setiap deria murid untuk terlibat sama dalam proses pembelajaarn. Hal ini bermaksaud, deria penglihatan, pendengaran seseorang murid itu akan tertumpu dan terlibat secara aktif dalam proses tersebut (Vaugan,1998). Penglibatan lebih daripada satu deria membawa impak positif terhadap proses pembelajaran.

Sunday 9 October 2011

Lawatan Sambil Belajar Kumpulan I

     Kelab Bahasa Cina SJK(C) Tanjong Karang telah mengadakan satu lawatan sambil belajar pada 13hb September 2011. Lokasi lawatan ini ialah Kilang Berly' coklat, Restoran Sakae Sushi dan Bangunan petronas.
     Sebanyak 76 orang ahli kelab menyertai lawatan ini. Turut mengiringi mereka ialah lapan orang guru penasihat kelab, diketuai oleh Puan Khon Siew Ling.
      Tujuan utama lawatan ini ialah mengenali proses membuat coklat dan sushi serta mengenali Bangunan Petronas dengan lebih dekat lagi.
      Kebanyakan ahli amat berpuas hati dan mencapai objektif lawatan. Banyak pengetahuan dan pengalaman diperoleh.

 
KILANG BERLY'S COKLAT


RESTORAN SAKAE SUSHI.            SENOROKNYA MEMBUAT SUSHI !


BAHAGIAN SAINS BANGUNAN PETRONAS
.

Friday 7 October 2011

Cintai sains

Sejak 2003 PPSMI dilaksanakan, saya dipilih oleh sekolah menyertai kursus eTEMS.kohort 1 .Pada masa itu, bermulalah pertukaran corak proses pengajaran dan pembelajaran saya. Komputer menjadi teman seharian saya. Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar  dalam proses p&p saya. Saya bermula mengaji dan meninjau bagaimana menjadikan sekuntum bunga sains berkembang mekar dan berbau wangi di sekolah. Tapi masa demi masa, saya mendapati muris-murid saya lebih minat Sains daripada Science. Sebab yang utama ialah pelaksanaan p&p dalam bahasa ibunda lebih sesuai mempertingkatkan pemahaman mereka terhadap sains.
Murid-murid saya memang cintai subjek sains. Sebagai seorang pendidik, saya juga cintai sains. Oleh itu, teknik dan kaedah mengajar sains perlulah "hidup", beraneka, kreatif dan inovatif demi meningkatkan lagi minat dan pengetahuan mereka tentang sains.
Oleh itu, saya memilih subjek sains sabagai pilihan muktamad saya. Segala paparan aktiviti  p&p yang dilaksanakan di sekolah, diharap mendapat komen daripada tuan dan saudara-saudari seperjuangan.

Thursday 6 October 2011

Ceramah Pengurusan Emosi

Tarikh : 22-9-2011
Masa : 10.30am
Tempat : Dewan sekolah
Sasaran : Murid-murid tahap 2
Penceramah : Pn Ng Pek Ying ( Kaunselor Sek Menengah Pin Hua,  Klang)
 
Objektif : 

- Memberi kesedaran tentang kesempurnaan kendiri merupakan motivasi untuk berjaya.
- mempunyai keupayaan untuk berinteraksi secara berkesan dengan pihak lain.

Program ini dijalankan dengan lancar dan berjaya. Murid-murid tersebut telah mendapat suatu gambaran yang jelas tentang pengurusan emosi yang berkesan. Selain itu, murid-murid berasa seronok dan dapat menjawab soalan yang dikemukakan oleh penceramah.


Sains Tahun 2 - Unit 3 : Lesson 2

Selepas penerangan daripada saya, untuk peneguhan murid-murid, saya menayangkan suatu video untuk mereka.
                             

Wednesday 5 October 2011

Kami sekeluarga

Inilah foto sekeluarga saya, SJKC Tanjong Karang. Sekolah bertugas saya terdiri daripada 35orang guru dan 485orang murid.
Pepatah berkata "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Kami saling berganding bahu demi mencapai visi sekolah iaitu menjadi SJKC Terbaik di daerah Kuala Selangor menjelang tahun 2011.
Banyak pencapaian cemerlang tercapai seperti Pertandingan Pengetahuan Am Surat Khabar Sin Chew Jit Poh yang dianjurkan di setiap daerah Negeri Selangor, wakil sekolah   saya telah mendapat johan; pasukan bola keranjang (lelaki) mendapat johan;  Pertandingan Jigsaw Puzzle (kumpulan) Karnival Pemulihan Khas Negeri Selangor, wakil sekolah saya juga mendapat johan; wakil sekolah saya mendapat tempat ketiga dan tempat keempat dalam English Story Telling Competiton.
Kami juga sentiasa mempertingkatkan profesionalisme seseorang guru untuk melahirkan pelajar yang cemerlang di dalam kurikulum dan ko-kurikulum serta mengamalkan nilai-nilai selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
            ( Gambar di atas diambil pada 5hb Oktober 2011)






Sains Tahun 2 - Unit 2 : Lesson 2

Murid-murid seronok menyanyikan "The Food Pyramid Song". Di samping itu, mereka juga dapat mengenali jenis makanan yang harus makan banyak dan jenis makanan yang harus dikurangkan makan.

Sains Tahun 2 - Unit 2 : Lesson 2

Selain dari pengajaran dan pembelajaran isi kandungan unit 2 yang tertentu, saya juga memperkenalkan sepuluh jenis makanan yang berkhasiat tinggi kepada murid-murid saya. Saya menggalakkan mereka makan jenis makanan ini setiap hari demi kesihatan badan.

Tuesday 4 October 2011

Sains Tahun 2 - Unit 2 : Lesson 2

Murid-murid mempelajari perbendaharaan kata sains unit 2 lesson 2.

Monday 3 October 2011

Ceramah Kitar Semula


SJKC Tanjong Karang berasa besar hati dapat mempelawakan sebuah badan kebajikan sukarela yang berpengalaman datang ke sekolah untuk memberikan ceramah tentang isu-isu kitar semula. Objektifnya ialah memberi kesedaran kepada pelajar bahawa setiap pelajar boleh memainkan peranan untuk menjaga alam sekitar dan pelajar akan didedahkan kepada cara-cara menjaga alam sekitar. 

   Penceramah Puan Tan Chi Lun memberitahu bahawa bumi kita sudah sakit.

               Murid-murid dan guru-guru mendengar dengan teliti.
                                                                                                                                                                           
  Fikir dulu sebelum buang.     Inilah contoh-contoh barang-barang kitar semula
             Contoh-contoh  barangan hasil buatan bahan kitar semula.
       Murid-murid begitu minat mendengar peneranagn daripada sukarelawati badan kebajikan.

     Penceramah memberikan  pelbagai contoh dan menayangkan video supaya murid-murid mendapat gambaran yang jelas tentang kitar semula. Secara keseluruhannya ceramah ini telah dapat dilangsungkan dengan jayanya.



Sains Tahun 2 - Unit 2 : Lesson 2

Murid-murid mengenali jenis makanan melalui nyanyian.

Sunday 2 October 2011

Sains Tahun 2 - Unit 1 : Lesson 1

Penerangan melalui youtube tentang ciri-ciri benda hidup.

Saturday 1 October 2011

Sains Tahun 2 - Unit 1 : Lesson 1

Unit 1 : Living Things and Non-living Things Lesson 1 :Living Things and Non-living Things