Thursday 20 October 2011

Animasi Bantu Cerapan Ingat Belajar

   Sejak beberapa dekad lalu, perkembangan pesat teknologi dan kominikasi (ICT) mengubah kehidupan manusia. Aspek pendidikan turut merasa tempias perkemabngan ICT dan ini termasuk teknologi animasi. Kehebatan teknologi animasi membolehkan proses interaksi dalam bilik darjah dilakukan dalam bentuk yang efisen, efektif dan interaktif. 
   Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penggunaan gambar, rajah dan imej yang tepat adalah sangat penting. Hal ini bagi memastikan pelajar benar-benar dapat ' melihat ' satu-satu teori. Pengggunaan animasi dalam menyampaikan maklumat menepati pendekatan grafik dan teks yang mampu mengukuhkan ingatan pelajar.
   Proses memahami sesuatu konsep sukar akan dapat dimudahkan dengan bantuan animasi. Ia bertindak sebagai peranti ingatan untuk membantu proses mengingat sesuatu prinsip, sistem dan teori. Dengan mengaplikasikan animasi dalam pembelajaran, pelajar dihidangkan senario pembelajaran yang lebih menarik dan memberangsangkan.
   Dalam bidang berkaitan teknologi pengajaran dan pedagogi, animasi turus digunakan untuk menghasilkan ilustrasi bagi topik tertentu. Ia berperanan memperkukuhkan proses pengajaran di mana pensel dan kertas tidak mampu memberikan kesan yang sama. Dalam kes ini, animasi boleh digunakan untuk menghasilkan visual tertentu terutama dalam memeprkenalkan konsep baru.

0 comments:

Post a Comment