Monday 3 October 2011

Ceramah Kitar Semula


SJKC Tanjong Karang berasa besar hati dapat mempelawakan sebuah badan kebajikan sukarela yang berpengalaman datang ke sekolah untuk memberikan ceramah tentang isu-isu kitar semula. Objektifnya ialah memberi kesedaran kepada pelajar bahawa setiap pelajar boleh memainkan peranan untuk menjaga alam sekitar dan pelajar akan didedahkan kepada cara-cara menjaga alam sekitar. 

   Penceramah Puan Tan Chi Lun memberitahu bahawa bumi kita sudah sakit.

               Murid-murid dan guru-guru mendengar dengan teliti.
                                                                                                                                                                           
  Fikir dulu sebelum buang.     Inilah contoh-contoh barang-barang kitar semula
             Contoh-contoh  barangan hasil buatan bahan kitar semula.
       Murid-murid begitu minat mendengar peneranagn daripada sukarelawati badan kebajikan.

     Penceramah memberikan  pelbagai contoh dan menayangkan video supaya murid-murid mendapat gambaran yang jelas tentang kitar semula. Secara keseluruhannya ceramah ini telah dapat dilangsungkan dengan jayanya.



0 comments:

Post a Comment