Friday 7 October 2011

Cintai sains

Sejak 2003 PPSMI dilaksanakan, saya dipilih oleh sekolah menyertai kursus eTEMS.kohort 1 .Pada masa itu, bermulalah pertukaran corak proses pengajaran dan pembelajaran saya. Komputer menjadi teman seharian saya. Bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar  dalam proses p&p saya. Saya bermula mengaji dan meninjau bagaimana menjadikan sekuntum bunga sains berkembang mekar dan berbau wangi di sekolah. Tapi masa demi masa, saya mendapati muris-murid saya lebih minat Sains daripada Science. Sebab yang utama ialah pelaksanaan p&p dalam bahasa ibunda lebih sesuai mempertingkatkan pemahaman mereka terhadap sains.
Murid-murid saya memang cintai subjek sains. Sebagai seorang pendidik, saya juga cintai sains. Oleh itu, teknik dan kaedah mengajar sains perlulah "hidup", beraneka, kreatif dan inovatif demi meningkatkan lagi minat dan pengetahuan mereka tentang sains.
Oleh itu, saya memilih subjek sains sabagai pilihan muktamad saya. Segala paparan aktiviti  p&p yang dilaksanakan di sekolah, diharap mendapat komen daripada tuan dan saudara-saudari seperjuangan.

0 comments:

Post a Comment