Wednesday 2 November 2011

Demonstrasi

Demonstrasi merupakan salah satu teknik mengajar Sains. Selepas murid-murid mendengar dan menonton tayangan komputer, saya mengagihkan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Setiap pasangan kumpulan diberikan nombor. Selepas itu, saya mencabut nombor yang bertuah, mereka akan tampil ke hadapan dan mencabut sekeping kad, Salah seorang murid membaca perkataan itu dengan kuat, yang seorang murid lagi menunjukkan perbuatan tersebut. Pendemonstrasian juga dilakukan oleh semua murid  sebagai peneguhan. Pada akhir p&p ini, murid-murid berasa seronok dan memahami 'tarikan' dan 'tolakan'.
 ' Saya dengar, saya lupa. Saya lihat, saya faham. Saya buat, saya ingat.'

0 comments:

Post a Comment