Thursday 13 October 2011

Eksperimen Bahan Larut Dan Bahan Tidak Larut

    Hari ini saya memberikan peluang untuk murid-murid tahun 2 A membuat ekperimen tentang bahan larut dan bahan tidak larut. Saya menerangkan langkah membuat ekperimen dan langkah keselamatan semasa membuat eksperimen. Selepas itu, saya membahagikan mereka kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan mendapat satu set alat eksperimen. Mereka mencuba bahan-bahan seperti gula, garam, pasir, tanah. dan lain-lain yang dibawa oleh mereka. Kemudian mereka mencatat hasil eksperimen ini. Daripada eksperimen ini, mereka  dapat menganalpasti bahan yang larut dalam air dan bahan yang tidak larut dalam air.


0 comments:

Post a Comment