Wednesday 5 October 2011

Kami sekeluarga

Inilah foto sekeluarga saya, SJKC Tanjong Karang. Sekolah bertugas saya terdiri daripada 35orang guru dan 485orang murid.
Pepatah berkata "Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Kami saling berganding bahu demi mencapai visi sekolah iaitu menjadi SJKC Terbaik di daerah Kuala Selangor menjelang tahun 2011.
Banyak pencapaian cemerlang tercapai seperti Pertandingan Pengetahuan Am Surat Khabar Sin Chew Jit Poh yang dianjurkan di setiap daerah Negeri Selangor, wakil sekolah   saya telah mendapat johan; pasukan bola keranjang (lelaki) mendapat johan;  Pertandingan Jigsaw Puzzle (kumpulan) Karnival Pemulihan Khas Negeri Selangor, wakil sekolah saya juga mendapat johan; wakil sekolah saya mendapat tempat ketiga dan tempat keempat dalam English Story Telling Competiton.
Kami juga sentiasa mempertingkatkan profesionalisme seseorang guru untuk melahirkan pelajar yang cemerlang di dalam kurikulum dan ko-kurikulum serta mengamalkan nilai-nilai selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
            ( Gambar di atas diambil pada 5hb Oktober 2011)






0 comments:

Post a Comment