Monday 24 October 2011

Projek Sains Tahun 2

 

                                SENOROKNYA BERSAMA-SAMA MEMBUAT PROJEK !

Selepas peperiksaan akhir tahun, saya pun habis mengajar buku teks Sains Tahun 2. Jadi apa nak buat dalam kelas selama tiga minggu ini ? Oh, teringatlah bahawa buku-buku SPBT tahun 2 akan dilupuskan kerana tahun depan akan tukar sukatan pelajaran. Oleh itu, saya mengagihkan  murid-murid Tahun 2B kepada 8 kumpulan yang setiap kumpulan terdiri daripada 6 orang ahli. Setiap kumpulan mendapat sekeping manila kad. Ahli-ahli kumpulan akan bekerjasama mencari gambar aktiviti yang terlibat 'tolakan', 'tarikan' dan 'tolakan dan tarikan'dari buku lama atau yang tidak dipakai lagi. Mereka gunting dan tampal pada manila kad.Kumpulan yang mendapat gambar yang banyak dan  mengategorikan dengan betul  adalah kumpulan yang menang, Hasilan dari setiap kumpulan akan dipaparkan di papan kenyataan bilik darjah.

0 comments:

Post a Comment