Sunday 27 November 2011

Latih Tubi

Ia merupakan satu strategi yang memberikan ruang kepada anak murid saya untuk melakukan latihan yang banyak serta mendapatkan maklum balas terhadap ketepatan jawapan.
Melalui strategi ini saya mendapati bahawa anak murid memahirkan sesuatu topik dengan mudah. Mereka mendapat maklum balas segera dalam proses pembelajaran dan menjimatkan masa pembelajaran murid mahupun guru. Sehubungan itu, murid akan sentiasa bermotivasi menggunakan kaedah ini berbanding kaedah tradisi menggunakan pensel dan kertas.

Thursday 24 November 2011

Pengukuhan Melalui Latihan Komputer

Pengukuhan melalui latihan komputer merupakan salah satu aktiviti bagi sesi penutup pengajaran dan pembelajaran sains. Dari sini dapat menguji pemahaman murid terhadap sesuatu topik. Di samping itu, murid-murid juga berasa seronok dan minat terhadap mata pelajaran yang diajar.





Wednesday 23 November 2011

Penerangan Berpandukan Komputer


 
Kesukaran penerangan bahagian-bahagian yang sukar
Pendidikan masa sekarang kadangkala juga lebih bertumpukan kepada penggunaan teks sama ada dalam bentuk perkataan atau nombor. Walaupun secara dasarnya, kita telah biasa dan serasi menggunakan cara ini namum kadangkala timbulnya masalah apabila terdapat bahagian-bahagian yang sukar untuk diterangkan atau difahami apabila hanya teks sahaja yang digunakan. Ini semua mewujudkan sempadan dalam sistem komunikasi manusia.
Oleh itu, untuk bahagian-bahagian yang sukar, saya akan membuat penerangan berpandukan komputer. Murid-murid saya lebih memahami penerangan komputer daripada penerangan guru.

Tuesday 22 November 2011

Simulasi Fizikal

Sebelum membuat eksperimen, kadangkala saya akan memberi penerangan melalui simulasi fizikal mengikut topik yang sesuai. Simulasi Fizikal membolehkan murid memanipulasi sesuatu perkara atau proses yang dipersembahkan di atas skrin komputer. Misalnya melihat kesan campuran kimia, percubaan eksperimen dan sebagainya.
Kelebihan penggunaan perisian instruksional simulasi ialah menjimatkan masa serta melibatkan murid secara terus dan aktif.

Monday 21 November 2011

Berita Baik


Keratan surat khabar ini memaparkan beritan baik tentang pencapaian cemerlang sekolah kami di daerah Kuala Selangor di bidang akademik dan bidang sukan.


                                           BIDANG AKADEMIK
                                           BIDANG SUKAN

Sunday 20 November 2011

P&P Luar Kelas Pupuk Minat Pelajar

Pelajar akan cepat bosan apabila sentiasa berada dalam kelas dan ia adalah cabaran kepada guru dan sekolah
untuk mengekalkan minat pelajar supaya  setia berada dalam kelas hingga tamat sesi persekolahan setiap masa.
Pendidikan Luar Bilik Darjah Secara Bermodul adalah satu usaha p&p semua mata pelajaran menggunakan bahan sebenar atau alam sekitar. Program ini dilaksanakan melalui pendekaatn pengurusan alam sekitar yang akan diterapakn melalui kaedah pengurusan alam sekitar.
Program ini boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan dengan pelajar, guru dan warga sekolah boleh melakukan pelbagai aktiviti p&p menggunakan modul yang disediakan. Stesen di luar bilik  darjah alam sekitar  diwujudkan bagi mencapai beberapa objektif dan antaranya ialah kehilangan kebosanab pelajar sepanjang hari duduk di bilik darjah selain meninggikan keceriaan sekolah.

Saturday 19 November 2011

Hari Penyampaian Hadiah

SJKC Tanjong Karang mengadakan Hari Penyampaian Hadiah pada 18-11-2011 (Jumaat) di dewan besar sekolah.
PELAJAR-PELAJAR TADIKA SJKC TANJONG KARANG

PELAJAR-PELAJAR YANG CEMERLANG DALAM UPSR


Friday 18 November 2011

Hari Kantin

Pada hari Rabu yang lepas, sekolah kami telah mengadakan hari kantin. secara kecil-kecilan .Sebanyak 10 gerai telah dibuka oleh kelas 5A, 5B dan 5C.
Mereka jual nugget, kentang goreng, kek coklat, puding caramel, rutbir float , nasi lemak , buah-buahan ,air berkabonat dan lain-lain.
Jualan mereak mendapat sambutan dan sokongan daripada murid, guru dan ibu bapa. Mereka berasa seronok menjadi seorang penjaja.

Suasana di kantin menjadi riuh-rendah

Mari ! Mari ! sedap dan murah.

Thursday 17 November 2011

Kempen Kitar Semula

   Setelah ceramah kitar semula, sekolah saya mengadakan satu kempen kitar semula. Kempen ini dilangsungkan demi menyeru murid-murid mencintai alam sekitar. Satu jawatankuasa kempen kitar semula telah ditubuhkan dan diketuai oleh Pn Ng Siew Wan.

            Ahli jawatankuasa Kempen Kitar Semula sibuk mengasingkan kertas-kertas.



                      

Tuesday 15 November 2011

Penggabungjalinan Seni dan Sains

     Setelah menonton cerita tentang tenaga "tarikan" dan "tolakan" beberapa minggu yang lalu, hari ini saya bersempat membenarkan murid-murid membawa plastisin ke sekolah. Saya mengagihkan mereka kepada beberapa kumpulan dan membiarkan mereka membuat plastisin ini menjadikan sesuatu benda yang kreatif seperti robot, cendawan, binatang dan lain-lain.
     Daripada proses pembuatan benda yang kreatif,  murid-murid bekerjasama dan menggunakan tenaga "tarikan" , "tolakan' atau pun "tarikan dan tolakan" . Mereka memang seronok membuat benda yang kreatif.


Sunday 13 November 2011

Jamuan Hari Guru

   Jamuan Hari Guru SJKC Tanjong Karang diadakan di restoran Guan Sin Long pada 11hb November 2011(Jumaat). Jamuan  ini diuruskan oleh ahli jawatankuasa PIBG untuk meraikan guru-guru sebagai penghargaan atas segala usaha yang diberikan.


Wednesday 9 November 2011

Tibalah masa memulangkan buku

Inilah buku-buku rujukan yang  dipinjam oleh saya dari perpustakaan pilihan saya.
Tibalah masa untuk saya memulangkan buku-buku. Jumpa lagi !

Permainan Instruksional

     Perisian permainan instruksional adalah suatu strategi persembahan yang menggabungkan pendidikan dengan hiburan untuk pembelajaran berkesan. Perisian permainan instruksional tidak mementingkan persembahan isu kandungan pelajaran sebagaimana tutorial, walau bagaimanapun terdapat perisian tutorial yang memasukkan elemen permainan sebagai sebahagian daripada aktiviti latihannya. Perisian permainan instruksional boleh dibangunkan dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D) dengan berbantukan elemen multimedia lain seperti grafik, audio dan teks. Perisian ini sesuai untuk menyokong pembelajaran kanak-kanak. Secara asasnya antara fitur-fitur yang biasa terkandung dalam perisian permainan instruksional ialah peraturan, menang atau kalah, multiplayer, pertandingan, giliran, cabaran, mata atau markah, hukuman, tahap, fantasi, peralatan dan gabungan kemahiran serta nasib. 
     Antara kelebihan perisian permainan instruksional ialah menjadikan pembelajaran sesuatu yang menghiburkan. Permainan yang berupa pertandingan akan mendorong murid untuk belajar bagi mencapai kemenangan. Dengan kehadiran perisian permainan instruksional, variasi strategi pembelajaran akan berlaku, di mana hal ini mampu mengelak kebosanan dan meningkatkan motivasi murid. Walau bagaimanapun terdapat juga keburukan perisian permainan instruksional kerana berpotensi menyebabkan gejala ketagih. Hal ini boleh mendorong murid membuang masa menerokai perisian permainan tersebut, walau pun objektif pembelajaran telah tercapai.
                     Murid-murid gemar bermain permainan instruksional.
                        Contoh Perisian Permainan Instruksional

Sibuk Menyemak dan Memungut Buku SPBT

    Cikgu-cikgu memang sibuk menyemak dan memungut buku-buku yang dipulangkan oleh murid pada bulan ini. Buku-buku SPBT disemak dan dipastikan dalam keadaan yang baik dan boleh dipinjam oleh murid lain pada tahun depan. Jika terdapat buku yang koyak, cikgu dan murid akan memperbaiki buku tersebut.

Tuesday 8 November 2011

Majlis Jamuan Perpisahan Tahun 6

Tarikh : 9-11-2011
Hari    : Rabu
Tempat : kantin SJKC Tanjong Karang


Bilik Bacaan Saya

Pagi-pagi, kunjung sini; lepas sekolah, kunjung sini; lepas makam malam, kunjung sekali lagi !
Inilah tempat kunjungan saya setiap hari. Tiada penghawa dingin, hanya kipas berpusing-pusing sahaja. Walaupun bukanlah satu keadaan yang mewah, tetapi berasa selesa juga. Saya membuang masa yang banyak di sini daripada mana-mana satu tempat di rumah. 


komputer riba  +  mesin pencetak  +  buku-buku rujukan  +  tenaga  =  tugasan semester 2

Monday 7 November 2011

Jadual Harian Saya


     Memandang pada diri memang berperanan banyak, sebagai seorang guru di sekolah; balik ke rumah, sebagai seorang surirumah tangga, kini, lagi sebagai seorang pelajar UPSI. Masa hanya 24 jam sahaja, bagaimana saya habiskan tugasan semester 2 ini ?? Bila balik dari sekolah, bukan mempunyai masa lapang sepenuhnya. Kerja sekolah seperti SAPS, LaDap, KSSR..... semua terpaksa bungkus balik ke rumah buat. Ini memang merupakan satu cabaran bagi saya.
     Saya berfikir, sebagai seorang warga pendidik harus bijak menguruskan masa. Jadi, saya buatlah satu jadual harian untuk diri sendiri. Saya mengikut jadual ini melaksanakan semua urusan saya dengan tekad. Akhirnya saya nampak hasilan yang memuaskan.

Sunday 6 November 2011

Push and Pull

Saturday 5 November 2011

Pertandingan Tarian Tradisional Cina Daerah Kuala Selangor

Pertandingan tarian Cina SJKC Daerah Kuala Selangor dilangsungkan setiap dua tahun. Pertandingan tarian Cina ini dilangsungkan pada 4hb November 2011.  SJKC Yuk Chee menjadi tuan rumah pada tahun ini. SJKC Tanjong Karang mendapat juara pada tahun ini juga. SJKC Tanjong Karang telah berturut-turut mendapat juara sebanyak empat kali. Kami berasa bangga atas kejayaan persembahan murid-murid kami.Marilah saksikan persembahan mereka melalui rakaman video saya.










Wednesday 2 November 2011

Demonstrasi

Demonstrasi merupakan salah satu teknik mengajar Sains. Selepas murid-murid mendengar dan menonton tayangan komputer, saya mengagihkan murid-murid kepada beberapa kumpulan. Setiap pasangan kumpulan diberikan nombor. Selepas itu, saya mencabut nombor yang bertuah, mereka akan tampil ke hadapan dan mencabut sekeping kad, Salah seorang murid membaca perkataan itu dengan kuat, yang seorang murid lagi menunjukkan perbuatan tersebut. Pendemonstrasian juga dilakukan oleh semua murid  sebagai peneguhan. Pada akhir p&p ini, murid-murid berasa seronok dan memahami 'tarikan' dan 'tolakan'.
 ' Saya dengar, saya lupa. Saya lihat, saya faham. Saya buat, saya ingat.'