Wednesday 9 November 2011

Permainan Instruksional

     Perisian permainan instruksional adalah suatu strategi persembahan yang menggabungkan pendidikan dengan hiburan untuk pembelajaran berkesan. Perisian permainan instruksional tidak mementingkan persembahan isu kandungan pelajaran sebagaimana tutorial, walau bagaimanapun terdapat perisian tutorial yang memasukkan elemen permainan sebagai sebahagian daripada aktiviti latihannya. Perisian permainan instruksional boleh dibangunkan dalam bentuk dua dimensi (2D) atau tiga dimensi (3D) dengan berbantukan elemen multimedia lain seperti grafik, audio dan teks. Perisian ini sesuai untuk menyokong pembelajaran kanak-kanak. Secara asasnya antara fitur-fitur yang biasa terkandung dalam perisian permainan instruksional ialah peraturan, menang atau kalah, multiplayer, pertandingan, giliran, cabaran, mata atau markah, hukuman, tahap, fantasi, peralatan dan gabungan kemahiran serta nasib. 
     Antara kelebihan perisian permainan instruksional ialah menjadikan pembelajaran sesuatu yang menghiburkan. Permainan yang berupa pertandingan akan mendorong murid untuk belajar bagi mencapai kemenangan. Dengan kehadiran perisian permainan instruksional, variasi strategi pembelajaran akan berlaku, di mana hal ini mampu mengelak kebosanan dan meningkatkan motivasi murid. Walau bagaimanapun terdapat juga keburukan perisian permainan instruksional kerana berpotensi menyebabkan gejala ketagih. Hal ini boleh mendorong murid membuang masa menerokai perisian permainan tersebut, walau pun objektif pembelajaran telah tercapai.
                     Murid-murid gemar bermain permainan instruksional.
                        Contoh Perisian Permainan Instruksional

0 comments:

Post a Comment