Sunday 20 November 2011

P&P Luar Kelas Pupuk Minat Pelajar

Pelajar akan cepat bosan apabila sentiasa berada dalam kelas dan ia adalah cabaran kepada guru dan sekolah
untuk mengekalkan minat pelajar supaya  setia berada dalam kelas hingga tamat sesi persekolahan setiap masa.
Pendidikan Luar Bilik Darjah Secara Bermodul adalah satu usaha p&p semua mata pelajaran menggunakan bahan sebenar atau alam sekitar. Program ini dilaksanakan melalui pendekaatn pengurusan alam sekitar yang akan diterapakn melalui kaedah pengurusan alam sekitar.
Program ini boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan dengan pelajar, guru dan warga sekolah boleh melakukan pelbagai aktiviti p&p menggunakan modul yang disediakan. Stesen di luar bilik  darjah alam sekitar  diwujudkan bagi mencapai beberapa objektif dan antaranya ialah kehilangan kebosanab pelajar sepanjang hari duduk di bilik darjah selain meninggikan keceriaan sekolah.

0 comments:

Post a Comment