Saturday 3 December 2011

Sains Tahun 2 - Unit 6 : Lesson 3

Bagi p&p topik " Bagaimana membuat satu litaran elektrik yang sempurna", biasanya saya akan menyediakan beberapa set barang seperti sebiji mentol,  beberapa urat wayar dan sebiji bateri untuk setiap kumpulan . Ahli kumpulan tidak melebihi tiga orang murid supaya semua murid berpeluang membuat eksperimen. Murid-murid dibawa ke makmal sains.
Pada mulanya, saya menyuruh setiap kumpulan cuba melukis beberapa litaran elektrik yang sempurna yang dianggap munasabah yang akan menjadikan mentol terang. Selepas itu, setiap kumpulan paparkan tugasan kepada cikgu. Cikgu akan memberikan mereka satu set barang. Mereka akan cuba menyambung ketiga-tiga barang mengikut lukisan tadi. Murid-murid memerhati keadaan mentol dan catat setiap percubaan di Sains Jurnal. Setiap wakil kumpulan akan tampil ke hadapan dan menerangkan kepada murid-murid lain. Cikgu juga akan membuat kesimpulan topik ini.
          Hasil lukisan murid tentang litaran elektrik yang mungkin akan menjadikan  mentol terang.

0 comments:

Post a Comment