SJKC Tanjong Karang berasa besar hati dapat mempelawakan sebuah badan kebajikan sukarela yang berpengalaman datang ke sekolah untuk memberikan ceramah tentang isu-isu kitar semula. Objektifnya ialah memberi kesedaran kepada pelajar bahawa setiap pelajar boleh memainkan peranan untuk menjaga alam sekitar dan pelajar akan didedahkan kepada cara-cara menjaga alam sekitar.
Penceramah Puan Tan Chi Lun memberitahu bahawa bumi kita sudah sakit.
Contoh-contoh barangan hasil buatan bahan kitar semula.
Murid-murid begitu minat mendengar peneranagn daripada sukarelawati badan kebajikan.
Penceramah memberikan pelbagai contoh dan menayangkan video supaya murid-murid mendapat gambaran yang jelas tentang kitar semula. Secara keseluruhannya ceramah ini telah dapat dilangsungkan dengan jayanya.
0 comments:
Post a Comment