Monday, 10 October 2011

Marilah kita menonton cerita tentang 'tolakan' dan 'tarikan'

Tujuan utama kemahiran memulakan pengajaran (set induksi ) adalah untuk membina alira fikiran serta menimbulkan minat murid-murid supaya mereka akan menumpukan perhatian terhadap aktiviti pengajaran yang hendak disampaikan. Sehubungan itu, saya memulakan pengajaran Sains topik 'tolakan' dan 'tarikan dengan berpandukan komputer. Tayangan cerita Sains ini memang dapat memupuk minat dan menarik perhatian murid-murid terhadap pelajaran. Di samping itu juga dapat mencungkil idea mereka. 

Pendidikan Sains menerusi perisian instruksional akan menggerakkan setiap deria murid untuk terlibat sama dalam proses pembelajaarn. Hal ini bermaksaud, deria penglihatan, pendengaran seseorang murid itu akan tertumpu dan terlibat secara aktif dalam proses tersebut (Vaugan,1998). Penglibatan lebih daripada satu deria membawa impak positif terhadap proses pembelajaran.

0 comments:

Post a Comment